SUASANA KEJIRANAN BTHO

suasana hening kedamaian dan keselesaan untuk khariah zon-b jalan suasana bandar tun hussein onn cheras selangor darul ehsan

undefined
undefined

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.


BULITEN 10 : 17. Jan 2010

Harap maaf, atas sangat lewat megemaskini akaun untuk bulan Dec. Terima kasih kerana melayari dan mengambil tahu tentang akaun Suasana Zon-B. Meter dilawati naik sehingga 40 orang tetamu sekitar jam 7.20 malam semasa saya download data tadi.

Perkembangan lanjut tentang Kawalan Keselamatan Suasana Zon-B akan saya siarkan nanti...../editor


BULITEN 9 : 10 Dec 2010

Kutipan bulan Nov telah saya kemaskini. Sila lawati untuk makluman. Sekali lagi mohon kemaafan kerana kelewatan untuk dipaparkan.

Untuk makluman, saya difahamkan, pihak pengurusan JPKK sedang dalam proses perbincangan terakhir dengan Rukuntetangga Induk BTHO untuk menguruskan sendiri system kawalan keselamatan zon-B.

InsyakAllah mulai tahun hadapan ianya dapat beroperasi dibawah kelolaan Penduduk Suasana Zon-B sendiri.../editor



BULITEN 8 : 11 Nov 2010

Akaun untuk bulan Oktober 2010 telah saya kemaskinkan. Maaf kerana lambat mengemaskini data atas sebab kerja di pejabat.

Disini saya ingin berkongsi infomasi tentang keselamatan kejiranan Suasana Zon-B. Di sebelah ini ada statistik kes pecah rumah dan kereta.
Ada 3 kes tidak dicatitkan dibuku kes. Jumlah ada 9 kes dari bulan may hingga sekarang.

Bulan November pihak JPKK telah menambah lagi seorang pengawal ronda waktu malam untuk lebih efisen kawalan waktu malam dengan dibekalkan lampu suluh berkuasa tinggi dan walkie tatkie.

Akhir sekali kami ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN 1431"

Terima kasih ..../editor.







BULITEN 7 : 5 Okt 2010

Pertama.... untuk makluman semua pihak editor telah pun menyiapkan satu Laporan Kewangan Kedua (phasa pertama untuk bulan mei, jun dan julai). Laporan ini berdasarkan audit yang telah dibuat dengan menyediakan data base yang baru. Laporan yang pertama telah dibentangkan pada mesyuarat yang lalu (sebelum ramadhan) oleh Saudara Haji Jamil selaku bendahari Rukuntetangga BTHO. Mesyuarat memutuskan Laporan Pertama itu tidak sah disebabkan oleh berbagai faktor. Laporan yang baru telah saya siapkan dan hanya menunggu untuk dibentangkan pada meysuarat yang akan datang dan akan dipaparkan diblog ini.

Kedua... Kutipan untuk bulan september telah saya kemaskini dan boleh dilawati. Berdasarkan graf bulanan, kita telah dapat meyakinkan penduduk suasana zon-b yang mana system kawalan yang dapat diterima oleh penduduk walaupun masih ada kelemahannya. Kutipan yang memuaskan sekitar lebih 70% yang menjelaskan bayaran bulan, sebenarnya itulah sokongan dari penduduk suasana zon-b. Sehingga kini jumlah yang terkumpul ialah RM 90480.00 sebelum ditolak kos peyelenggaran.

Ketiga.. Ada runggutan dari penduduk yang tidak membenarkan no. talipon mereka dipaparkan diblog atau di buku akaun dipondok pengawal kerana tujuan keselamatan, sila berhubung dengan editor untuk dipadamkan dari senarai penduduk. Untuk makluman semua, no. talipon tersebut ada bertujuan semata-mata untuk dihubungi oleh pengawal keselamatan sekiranya ada kecemasan dan kemalangan.../editor.


BULETIN 6 : 3 Sept 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA

SALAM HARI RAYA EIDIL FITRI 1431H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

UNTUK UMAT ISLAM
WARGA SUASANA ZON-B
BANDAR TUN HUSSEIN ONN ....

..../editor
nota - akaun bulan Ogos telah dikemaskini, sila lawati.

BULETIN 5
: 2 Ogos 2010
Fasa pertama

Fasa Pertama telah berlalu dengan sangat berjaya. Ianya telah melalui tahap sukar yang menjangkaui paras sasaran awal saya iaitu sekitar 60% kutipan bulan. Kini secara purata kasar RM 16.000.00 (75.0%) pendapatan Suasana Zon-B dan kita telah berjaya mengutip sebanyak RM53,460.00 selama tiga bulan yang pertama . Terima kasih pada semua penduduk Suasana Zon-B terutama para Pengawal yang menjalankan kutipan rumah ke ramah secara intensif.

Jalan Suasana 2/6 masih mendahului kutipan jumlah 92.3%. Tahniah En. Mohd. Yussop Yahya selaku ketua blok. Hanya 28.6% yang dapat dikutip dari Jalan Suasana 2/8C. Harap En. Amin Abdullah dapat membuat sesuatu untuk meningkatkan lagi kutipan.

Untuk meningkatan mutu kawalan keselamatan, saya ada membuat beberapa pembaharua.

1. Pos Kawalan - spotlight akan dipasang pada P1, P2 dan P4 untuk memudahkan pengawal malam menjalankan tugas. memastikan pas kenderaan dan palang kelihatan diwaktu malam.

2. Buku Lapuran Kes, Kutipan Harian dan Kedatangan Pengawal Bertugas disediakan di Pos Pengawal P1 untuk memudahkan pihak saya menyelia dan memastikan ketelusan akaun dan sistem pentadbiran yang baik.

3. Pas pengawal bertugas telah diberikan kepada setiap pengawal yang bertugas supaya penduduk boleh mengenali nama dan rupa mereka.

4. Sistem keluar/masuk kenderaan telah dikemaskini dengan pas kenderaan telah dikeluarkan bersama lapuran/log book untuk memastikan ianya boleh digunakan sebagai dokumantasi sebagai rujukan.

5. Mulai bulan Ogos ini, pengawal keselamatan akan mencatitkan no kenderaan penduduk yang akan dilakukan rumah ke rumah untuk mengemaskini data kenderaan supaya pas kenderaan tidak disalahguna oleh orang luar.

6. Untuk memastikan sistem kawalan berjalan dengan sempurna, saya menyediakan buku/log
"cadangan dan komen" di pos P1. Diharap penduduk dapat mencatitkan nama dan alamat supaya segala cadangan atau komen dapat kita "implimantasikan" dengan segera. Dan juga biarlah yang membina dengan di sertakan cara memperbaiki atau mempertingkatkan struktur khidmat sukarela kita.

Sehingga kini, saya masih belum menerima akaun perbelanjaan kita selama tiga bulan yang pertama ini dari pihak Rukun Tetangga...../editor.


BULETIN 4 : 1 julai 2010
Kutipan Bulanan

Sudah dua bulan system kawalan keselamatan kejiranana Suasan Zon-B beroperasi. Banyak perkara yang harus diperbaiki terutama pengawal yang bertugas dan keadaan palang pengadang yang usur. Kutipan bulan Jun sudah berlalu dengan jumlah terkumpul sebanyak RM 14430.00 (65.3%). Sedikit meningkat, sebanyak 3% berbanding bulan may. Terima kasih pada Pengawal Ronda yang memunggut kutipan dari rumah ke rumah. Jalan Suasana 2/6 masih mendahului dua bulan berturut-turut sebanyak 92.3% . Tahniah En. Yusoff selaku ketua blok dan khariahnya yang mempunyai kesedaran sosial kemasyarakatan yang tinggi.

Editor sehingga kini masih belum dimaklumkan kos yang telah dikeluarkan untuk menaikkan taraf pondok pengawal dan gaji pengawal untuk diumumkan kepada penduduk Zon-B. Kutipan sehingga kini berdasarkan resit sebanyak RM 36990.00 tidak termasuk jualan pas kereta dan motor.

Pihak JPKK masih lagi meneliti kos dan jajaran pagar yang akan di bina bersebelahan jalan suasana 2/7. Sukacita makluman semua, "Datuk G" bekas kariah suasana zon-b bermurah hati dan bersetuju mendahulukan kos pembinaan pagar tersebut dengan bayaran balik dilakukan secara beransur-ansur bergantung wang kutipan bulanan.

Sila semak akaun anda yang telah dikemaskini yang berakhir 31.06.2010. Jika ada kesilapan, sila hubungi kami.../editor


BULETIN 3
Ulasan Akaun Bulan May

Kutipan bulan May melepasi sasaran iaitu hanya 62.9% daripada 734 buah rumah di Zon-B berbanding sasaran asal ialah 60%. Jumlah kutipan sehingga 31.05.2010 ialah RM 13860.00 sahaja. Hanya 6 buah jalan yang mencatatkan kutipan cermerlang iaitu

1. 88.5% - Jalan Suasana 2/6
2. 85.7% - Jalan Suasana 4/2C
3. 83.3% - Jalan Suasana 2/4
4. 81.1% - Jalan Suasana 2/3
5. 80.0% - Jalan Suasana 2/3A
6. 80.0% - Jalan Suasana 2/5A
















Hampir kesemua Jalan Suasana 4 yang berada dibawah paras sasaran kurang 60%, hanya Jalan Suasana 4/2C mencatatkan terbaik 85.7%. Jalan Suasana 2/8B mengutip paling rendah hanya 43.8% sahaja. Diharap dapat dipantau dari pihak JPKK.

Untuk jalan-jalan lain, tingkat infomasi dikalangan ahli di jalan mereka untuk mencapai sasaran. Bagi bulan Jun sasaran editor ialah 70%.

Untuk makluman semua, En. Badrol Hisham Bin Abu Bakar telah pun melunaskan untuk 12 bulan sehingga April 2011. Satu kecermerlangan dan ucapan ribuan terima kasih dari pihak JPKK diatas keprihatinan beliau. Semoga ia dijadikan pemangkin kepada sasaran kita 80% untuk Phasa Pertama (3 bulan).











Nota:
1. % berdasarkan jumlah kutipan rumah dibahagi keseluruhan rumah di jalan tersebut.
2. Sila semak akaun anda. Sekiranya ada kesilapan, sila hubungi atau emailkan kepada kami.../editor



BULETIN 2
Pondok Operasi

Operasi Kawalan Keselamatan Suasana Zon-B telah berjalan dengan sempurna setelah kesemua 4 pondok pengawal telah berfungsi dengan baik dengan bekalan eletrik 12 jam dari rumah ahli Zon-B yang prihatin walaupun ada pembaikan yang perlu dilakukan dan dipertimbangkan.

Pihak JPKK telah bersetuju untuk memberikan pelepasan yuran bulanan selama mana ianye beroperasi. Bagi pihak JPKK dan semua Ahli Suasana Zon-B mengucapan ribuan terima kasih kepada mereka kerana membenarkan bekalan eletrik disalurkan ke pondok pengawal.

1. Pondok P1 -En. Zabani Md Zuki (38 Suasana 2/2)
2. Pondok P2 -En. Saedon Hamzah (2 Suasana 2/5)
3. Pondok P3 -En. Abdul Rahin Mohd Ali (71 Suasana 2/7)
4. Pondok P4 -En. Ahmad Fuad (38 Suasana 4/2)

Untuk penambahbaikan operasi kawalan keselamatan, pihak JPKK telah membeli 6 set walkie-talkie, lampu suluh dan cotar kepada semua Pengawal yang bertugas. Taklimat ringkas akan diberikan kepada pengawal sebelum menjalankan tugas dibawah kelolaan En. Suree dan beroperasi 2 syif (siang dan malam) dangan kekuatan 5 angota setiap syif. Sistem kawalan untuk masa ini, setiap pondok ada seorang pengawal dan seorang pengawal rondaan. Pondok P1 dijadikan pusat kawalan dan tempat bayaran serta infomasi.../editor



BULETIN 1
Penubuhan Semula Kawalan Keselamatan

Satu inisiatif telah digerakkan oleh indvidu-individu yang prihatin tentang keselamatan penduduk khususnya lingkungan Zon-B untuk menghujudkan perkhidmatan kawalan keselamatan. Saudara Azhar dan Badawi telah berusaha menaja "Jawatankuasa Pengerak Kawalan keselamatan" (JPKK) untuk digerakkan semula dengan beberapa penambahbaikan.

Perbincangan dan persetujuan telah dimeterai antara khariah Zon-B dan Rukun Tetangga BTHO untuk mengadakan kawalan keselamatan yang akan dikendalikan oleh pihak Rukun Tetangga BTHO sendiri dengan di kawalselia oleh JPKK dengan dikenakan sumbangan sebanyak RM30 setiap rumah dan 1 pelekat kenderaan percuma selebihnye dikenakan RM3 setiap satu.

Perjumpaan itu telah melantik 23 orang ketua blok sebagai JPKK untuk memudahkan urusan.

1. 012-2279017 Azizan Abd Latif - Suasana 2/1
2. 013-2510250 Samsudin - Suasana 2/2
3. 012-3939791 Hazmi Haron - Suasana 2/3
4. 012-2919582 Sazali Osman - Suasana 2/3A
5. 019-2755547 Baharom ab Hamid - Suasana 2/4
6. 019-3514940 Mohd Salleh - Suasana 2/5
7. 013-3996801 Rahmat Rosli - Suasana 2/5A
8. 017-8715359 Mohd Yussof Yahya - Suasana 2/6
9. 012-6456457 Mohd Kamil - Suasana 2/6A & 2/6B
10. 019-3801592 Zainudin Ahmad - Suasana 2/7
11. 019-3193650 Baharuddin - Suasana 2/7
12. 012-3935574 Dato' Osman Ali - Suasana 2/8
13. 017-9187775 Amin Abdullah - Suasana 2/8A & 2/8C
14. 019-3430422 Hanan - Suasana 2/8B
13. 012-3718484 Azlan Hussin - Suasana 4/1
15. 012-3993095 Hasnan Rasidi - Suasana 4/1
16. 013-2421268 Ismail Amir - Suasana 4/2
17. 019-6644940 Aminudin - Suasana 4/2
18. 019-2854991 Sahabuddin - Suasana 4/2B
19. 012-2063756 Azhar Haji Jalal - Suasana 4/2B
20. 012-3701894 Ahmad Azizi - Suasana 4/3
21. 013-3863497 Mohd Badawi - Suasana 4/3 & 4/4
22. 019-3193650 Afandi Sirat - Suasana 4/5
23. 013-2515881 Malek Elias - Suasana 4/5

Sekiranya ada infomasi, usul dan cadangan atau pertanyaan sila emailkan kepada editor SUASANAZONB di suasanazonb@gmail.com .../editor